KPT 6043 : Kursus Pembelajaran Berasaskan Elektronik Dan Web
Kursus bertujuan membincang isu semasa dalam pembelajaran berasaskan elektronik dan web dengan mengkaji impak teori pembelajaran, aplikasi reka bentuk instruksional dan teknologi, merancang pembangunan, mengintegrasi dalam pembelajaran, menilai produk dan kesan berasaskan kajian penggunaan teknologi elektronik dan web dalam menyokong pengajaran dan pembelajaran.
Kaedah: Kuliah, perbincangan, dan persembahan
Penilaian:
Tugasan 1: Kajian bacaan (20%)
Tugasan 2: Jawapan soalan teks (20%)
Tugasan 3: Bahan pembelajaran berasaskan Web (20%)
Peperiksaan akhir (40%)
Kandungan:
1. Pembelajaran berasaskan elektronik dan web
2. Teori pembelajaran
3. Reka bentuk instruksional dan teknologi
4. Konstruktivisme dalam reka bentuk instruksional dan teknologi
5. Konstruktivisme dan aplikasinya dalam reka bentuk pembelajaran.
6. Teknologi elektronik untuk pengajaran dan pembelajaran
7. Penggunaan teknologi elektronik dan web untuk pengajaran berkesan
8. Perancangan dan reka bentuk laman web untuk pembelajaran
9. Isu berasaskan kajian : Impak pengajaran dan kognitif kepada pembelajaran berasaskan web
10. Penilaian bahan pembelajaran berasaskan elektronik
Rujukan:
Abbey, B.(Ed.) (2000). Instructional and cognitive impact of web-based education.
Conger, S. A. & Mason, R. O. (1998). Planning and designing effective web sites.
Heinich, R., Molenda, M, Russel, J. D. & Smaldino, S. E. (2001). Instructional media and technologies for learning.
Lever-Duffy, J., Mcdonald, J. B. & Mizell, A. P. (2003). Teaching and learning with technology.
Maier, P. & Warren, A. (2000). Integrating technology in learning and teaching: a practical guide for educators. London: Kogan Page.
Tiene, D. & Ingram, A. ( 2001). Exploring current issues in educational technology. Boston: Ms Graw Hill.
Huraian Tugasan
Tugasan 1: Individu
a) Dapatkan artikel berasaskan kajian dari mana-mana jurnal dalam bidang ini yang menjelaskan penggunaan teknologi elektronik dan web dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
b) Sediakan ringkasan artikel tersebut dan ulasan dari sudut pandangan anda (panjangnya sekurang-kurang 5 muka
c) Sediakan bahan persembahan dalam bentuk PowerPoint dan buat edaran sebelum persembahan. (Bahan ini perlu diupload jika system telah sedia) Tugasan ini mengandungi ( Penulisan ilmiah ringkasan dan ulasan, cetakan powerpoint, dan disket. Bahan ini hendaklah dihantar selepas persembahan. Giliran akan dimaklum
mengikut senarai nama pelajar.
Tugasan 2:
Dengan menggunakan buku rujukan Lever-Duffy, J., Mcdonald, J. B. & Mizell, A. P. (2003). Teaching and learning with technology. Boston: Allyn and Bacon.
Pilih dari mana-mana tiga bab (mengikut pembahagian di kelas) sediakan jawapan kepada “student activities”. Bahan ini hendaklah dihantar sebelum minggu ke 10.
Tugasan 3:
Sediakan bahan pembelajaran berasaskan web bagi satu tajuk mata pelajaran pengkhususan anda peringkat SPM atau STPM. Buat persembahan di bilik kuliah.
Bahan ini hendaklah dihantar selepas persembahan.
Catatan: Menghantar kerja kursus mengikut waktu yang telah ditetapkan menjadi tanggong jawab setiap pelajar.